China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 3 Mar 2013 (Ahad)
Tajuk: Belum berperang sudah tewas
Penulis: Goh Kean Nam
Akhirnya pihak polis Malaysia ambil tindakan menyerang tentera Sulu.
Walaupun tentera Sulu lebih ramai yang mati, tetapi tidak kurangnya 2 orang anggota polis kita juga telah mati dan 3 orang cedera.
Bagi saya, ia telah memalukan kedaulatan negara kita.
Yang pertama, sepatutnya sebarang kejadian itu boleh dihindarkan.
2
minggu lepas dengan kehadiran ratusan tentera musuh, mereka mendarat
tanpa menggunakan sebarang senjata walaupun sebilah pisau kecil, mereka
naik ke darat mengikut tiupan angin laut, tanpa sebarang halangan merentas laut dari Filipina
masuk tanpa izin ke negeri Sabah, sehingga mereka dapat menguasai
sesuatu tempat di Lahad Datu Sabah, pihak polis negara kita dikatakan lambat tahu dan lambat perasan, cuba anda fikirkan, bukankah ini satu berita yang melucukan?
Masalah yang ada sekarang ini, pihak yang berkenaan tetap tidak memberi penjelasan dalam tangani sempadan kepada rakyat, masih lagi memberikan pelbagai
alasan, apa yang sering disebut, pihak polis masih dalam keadaan
terkawal, kata-kata yang bongkak, tidak langsung pertikaikan kelemahandiri sendiri yang berlaku di sempadan ynag boleh mencurigakan itu.
Selain dari itu, cara penggunaan dari segi erti kata strategi, langsung tidak peka dengan keselamatan, langkah-langkah yang tidak cukup tegas dan tangkas.
Bukankah begitu?
Malaysia
telah ditubuhkan sehingga ke hari ini lebih setengah Abad lamanya, ia
juga telah mendapat pengiktirafan bangsa-bangsa bersatu, apabila
berhadapan dan tuntutan tentera Sulu yang tidak masuk akal itu serta menjajah tanah kedaulatan Sabah, adakah kita masih beri mereka peluang untuk berbincang?
Mahu pengaruh tentera musuh?
Adakah langkah bodoh dengan bertanggapan bahawa negeri Sabah adalah lambakan kepada pendatang haram? Tidak mengapa lah jika tambah lagi ratusan pendatang haram untuk diberikan kad pengenalan kewarganegaraan Malaysia untuk simulasikan tentera Sulu?
Sedangkan ia telah diperlambat-lambatkan sehingga ambil masa 2 minggu, bukankah kita telah membuka peluang kepada pihak musuh untuk susun lebih banyak langkah-langkah strategi mereka, dan langkah-langkah untuk tambah lebih banyak lagi peluang perbincangan?
Yang paling penting, bukankah kita tidak pelajari contoh dari peperangandengan VietNam dengan tentera Amerika?
Walaupun bilangan tentera Sulu yang masuk ke negeri Sabah itu terlalu sedikit yang dikatakan tidak menjolok mata, tetapi mereka adalah tenteratelah terlatih dengan huru hara di Selatan Filipina,
mereka memang hebat dari segi ketangkasan dalam strategi peperangan,
apabila mereka nampak peluang di depan mata, jika kita terlapas kawalan
dalam perang gerila di dalam hutan, anggota polis yang hidup dengan
selesa dan dibuai dengankesenangan hidup tidak semestinya mampu mengatasi mereka, dan mampu mempunyai sebarang kelebihan di situ.
Selain
dari itu, permulaan gerakan itu dianggotai oleh pihak polis dan
bukannya dari pihak tentera Malaysia untuk atasi tentera musuh, bukankah
ini bermakna kita ambil ringan terhadap tentera musuh?
Dahulu
semasa Singapura baru sahaja ditubuhkan sebagai sebuah negara, ada
sesetengah orang sedang meramalkan, jika Malaysia dan Singapura berperang, kepada rakyat yang ramai dan tanah yang luas seperti di negara kita ini, Singapura lebih memilih cara Israel, menggunakan senjata canggih untuk mendapat kelebihan di situ.
Tetapi hari ini, masalah itu tidak semestinya sudah ketinggalan zaman.
Kita tidak perlu sebut negara Singapura, walaupun pada satu hari nanti jutaan pendatang tanpa
izin di negara ini bergabung melakukan rusuhan dan revolusi, tidak
semestinya pihak polis dan pihak tentera dapat atasinya.
Kerana musuh utama mereka bukan pihak lawan, musuh utama mereka adalah pada diri mereka sendiri.
Semangat kecintaan negara dalam jiwa mereka, telah lama ditewaskan dengan sogokan penyelewengan dan rasuah.
ptd-kokak: Merepek sangat dah penulis ni, dah lah tak faham tentang prosedur dan semua yang ditulis tidak berlandaskan fakta. main pakai sentimen rasis dia saja.. Berat ada rakyat Malaysia macamni. Kalau di negara asal dia, memang askar dah bawak keluar dan tembak di Tianemen Square
Tiada ulasan:
Catat Ulasan