Jumaat, 29 Mac 2013

FINANCIAL ASISTANCE

 
 
 
Good Day Sir / Madam,
 
I am Micheal .j. sylvesta ,A reputable lender, legitimate and accredited
i give out loans to people and companies in need of
financial assistance. ranging from Home loans Auto Loans Car loans Mortgage
loans Business Loans International Loans Personal Loans, I give out
loans at 3% interest rate.
 
Do you need a loan?
Arrangements to Borrow up to $10,000,000.00
Choose between 1 to 25 years repayment period.
Choose between monthly and annual repayment plan
Flexible loan terms and conditions apply.
 
Note again that i am a private registered loan lender base in uk,i give
out Guarantee loan to any body that needed loan from me, I do not want you
to have a negative thought about this loan , below is my
Websit:  "loanswithmichaelblog.com/tag/sylvesta-michael-fornerette/"   to show that i am a
legitimate lender.
As an interested applicant, you are to provide us with these application details,
 
Full Names,
Date Of Birth,
Sex,Marital Status,
Nationality,
Occupation, Business Name (If Any),
Contact Address, Your Purpose of Loan,
Amount Needed As Loan,  Repayment Duration: (Mandatory 25 Years)
Telephone No:
Email Address:
 
 
CONTACT US TODAY AT:
A-30,Tesco Cooperative Industrial Estate
Tesco Cresent washington DC
Telephone No:+447010048513
Email:michealsylvesterloans@yahoo.com
Thanks,Regards
Micheal .J. sylvesta

Jumaat, 22 Mac 2013

RBI FINAL COMPENSATION

THE RESERVE BANK OF INDIA
ELECTRONIC TRANSFER DEPT, 6, SANSAD MARG,
JANPATH, NEW DELHI, H.O. 110001,
NEW DELHI.
www.notifics.rbi.org.in
Our ref: RBI/0A2/8138061
File: RBI-DEL/id1033/13.
Payment Amount: $1000,000.00 USD.

RESERVE BANK OF INDIA OFFICIAL PAYMENT NOTIFICATION
Dear Beneficiary:
The Foreign Exchange Transfer Department (RBI) hereby bring to your attention of the payment of your deposited fund here in the RBI, you were listed as a beneficiary in the recent schedule for payment of the past edition email award incurred by the BRITISH GOVERNMENT, which is yet unclaimed up-till date due to some circumstance according to your file record; your payment is categorized as: Contract type: Lottery/inheritance/ Undelivered Lottery fund/
Recently on the 30th of December 2012 The Reserve Bank of India (RBI) Governor, Dr D. Subbarao and Ban Kin-moon Secretary-General of the United Nations met with the Senate Tax Committee on Finance RBI Mumbai/Delhi branch. Regarding unclaimed funds which have been due for a long run, at end of the meeting (RBI) Governor, Dr D. Subbarao mandate all unclaimed funds to be released back to the beneficiary stating that it is an unfair practice to withhold funds for government basket for one reason or the other for tax accumulations. Therefore, we are writing this email to inform you that ($1000,000.00 USD ) will be release to you in your name, as it was committed by (RBI) Governor that Beneficiary will have to pay crediting fees only. You are therefore required to pay (Rs 11,500) only in cash deposit to credit your account immediately making a decline for 2 working days after date of receiving this mail.
Also reconfirm your details for crediting by filling the form below and send it immediately to our Email: rbiforeignexchangedepmt@ymail.com for verification and for prompt collection of your fund.

Fill The Form Below:
1. Full Names :
2. Residential Address :
3. Mobile Number
4. Fax Number :
5. Occupation :
7. Sex :MALE
8. Age :
9. Nationality :
10. Country :
11. Marital Status :
12. E-mail id :
13. Bank Name :
14. Account Number :
15. Account Holders Name:
16. Bank Branch:

RESERVE BANK OF INDIA (CENTRAL BANK).
CONTACT TRANSFER DEPARTMENT
EMAIL: rbiforeignexchangedepmt@ymail.com
Claim Your ($100,000,000.00) United State Dollars.
NOTE: If you are not the rightful owner of this E-mail Address
Please don't reply to this message, for any double claim will lead to
Disqualification of this Fund. Be Warned!!!
You are to keep all information away from the general public for security reasons.
DR D. SUBBARAO.
RESERVE BANK OF INDIA
GOVERNOR.Accept my hearty congratulation again!
Your's faithfully,
Dr D. Subbarao
RBI-DEL/id1033/13.

Rabu, 6 Mac 2013

Translation: Akhbar Cina: tentera Sulu- PDRM

China Press


Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19

Tarikh: 3 Mar 2013 (Ahad)

 
Tajuk: Belum berperang sudah tewas

Penulis: Goh Kean Nam

 
Akhirnya pihak polis Malaysia ambil tindakan menyerang tentera Sulu.
 
Walaupun tentera Sulu lebih ramai yang mati, tetapi tidak kurangnya 2 orang anggota polis kita juga telah mati dan 3 orang cedera.

 
Bagi saya, ia telah memalukan kedaulatan negara kita.
 
Yang pertama, sepatutnya sebarang kejadian itu boleh dihindarkan.

 
2 minggu lepas dengan kehadiran ratusan tentera musuh, mereka mendarat tanpa menggunakan sebarang senjata walaupun sebilah pisau kecil, mereka naik ke darat mengikut tiupan angin laut, tanpa sebarang halangan merentas laut dari Filipina masuk tanpa izin ke negeri Sabah, sehingga mereka dapat menguasai sesuatu tempat di Lahad Datu Sabah, pihak polis negara kita dikatakan lambat tahu dan lambat perasan, cuba anda fikirkan, bukankah ini satu berita yang melucukan?

 
Masalah yang ada sekarang ini, pihak yang berkenaan tetap tidak memberi penjelasan dalam tangani sempadan kepada rakyat, masih lagi memberikan pelbagai alasan, apa yang sering disebut, pihak polis masih dalam keadaan terkawal, kata-kata yang bongkak, tidak langsung pertikaikan kelemahandiri sendiri yang berlaku di sempadan ynag boleh mencurigakan itu.

 
Selain dari itu, cara penggunaan dari segi erti kata strategi, langsung tidak peka dengan keselamatan, langkah-langkah yang tidak cukup tegas dan tangkas.

 
Bukankah begitu?
 

Malaysia telah ditubuhkan sehingga ke hari ini lebih setengah Abad lamanya, ia juga telah mendapat pengiktirafan bangsa-bangsa bersatu, apabila berhadapan dan tuntutan tentera Sulu yang tidak masuk akal itu serta menjajah tanah kedaulatan Sabah, adakah kita masih beri mereka peluang untuk berbincang?

 
Mahu pengaruh tentera musuh?
 
Adakah langkah bodoh dengan bertanggapan bahawa negeri Sabah adalah lambakan kepada pendatang haram? Tidak mengapa lah jika tambah lagi ratusan pendatang haram untuk diberikan kad pengenalan kewarganegaraan Malaysia untuk simulasikan tentera Sulu?

 
Sedangkan ia telah diperlambat-lambatkan sehingga ambil masa 2 minggu, bukankah kita telah membuka peluang kepada pihak musuh untuk susun lebih banyak langkah-langkah strategi mereka, dan langkah-langkah untuk tambah lebih banyak lagi peluang perbincangan?

 
Yang paling penting, bukankah kita tidak pelajari contoh dari peperangandengan VietNam dengan tentera Amerika?

 
Walaupun bilangan tentera Sulu yang masuk ke negeri Sabah itu terlalu sedikit yang dikatakan tidak menjolok mata, tetapi mereka adalah tenteratelah terlatih dengan huru hara di Selatan Filipina, mereka memang hebat dari segi ketangkasan dalam strategi peperangan, apabila mereka nampak peluang di depan mata, jika kita terlapas kawalan dalam perang gerila di dalam hutan, anggota polis yang hidup dengan selesa dan dibuai dengankesenangan hidup tidak semestinya mampu mengatasi mereka, dan mampu mempunyai sebarang kelebihan di situ.

 
Selain dari itu, permulaan gerakan itu dianggotai oleh pihak polis dan bukannya dari pihak tentera Malaysia untuk atasi tentera musuh, bukankah ini bermakna kita ambil ringan terhadap tentera musuh?

 
Dahulu semasa Singapura baru sahaja ditubuhkan sebagai sebuah negara, ada sesetengah orang sedang meramalkan, jika Malaysia dan Singapura berperang, kepada rakyat yang ramai dan tanah yang luas seperti di negara kita ini, Singapura lebih memilih cara Israel, menggunakan senjata canggih untuk mendapat kelebihan di situ.

 
Tetapi hari ini, masalah itu tidak semestinya sudah ketinggalan zaman.
 
Kita tidak perlu sebut negara Singapura, walaupun pada satu hari nanti jutaan pendatang tanpa izin di negara ini bergabung melakukan rusuhan dan revolusi, tidak semestinya pihak polis dan pihak tentera dapat atasinya.

 
Kerana musuh utama mereka bukan pihak lawan, musuh utama mereka adalah pada diri mereka sendiri.

 
Semangat kecintaan negara dalam jiwa mereka, telah lama ditewaskan dengan sogokan penyelewengan dan rasuah.
 
 
 
 
ptd-kokak: Merepek sangat dah penulis ni, dah lah tak faham tentang prosedur dan semua yang ditulis tidak berlandaskan fakta. main pakai sentimen rasis dia saja.. Berat ada rakyat Malaysia macamni. Kalau di negara asal dia, memang askar dah bawak keluar dan tembak di Tianemen Square

Selasa, 19 Februari 2013

Gempar!! Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu akan diumumkan awal bulan Mac?

Salam 1malaysia.

Dalam pada masa kita sibuk-sibuk bekerja untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 tak lama lagi, satu berita terbaharu sampai ke telinga saya bahawa pada awal Mac nanti, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru akan dilantik setelah lama dibiarkan kosong oleh Tan Sri Abu Bakar. Semakin ramai JeJUSA (JUSA-JUSA) mencongak adakah nama mereka akan terselit di minda KSN dan YAB PM untuk diangkat mengisi jawatan yang amat penting dalam perkhidmatan awam khususnya.( Dan mungkin yang paling hotseat).

Mungkin ramai yang menyangka secara tradisinya, tentulan Timbalan akan mengisi jawatan utama- tetapi pada ketika ini, tradisi bukan lagi keutamaan transisi. Mengambil contoh kemuncak kerjaya Ketua Setiausaha Negara pada ketika ini, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa siapa yang menyangka bahawa beliau akan menjadi KSN daripada jawatan Ketua Pengarah UKAS. Siapa juga yang menyangka bahawa Tan Sri Aseh Che Mat tidak menjadi KSN walaupun nama beliau suatu masa dahulu memang naik untuk menjadi KSN?

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitu juga dengan post saya sebelum ini yang meneka siapakan bakal KSN yang baharu di http://ptd-kokak.blogspot.com/2012/06/siapakah-bakal-bakal-ksn-anda.html Berikut adalah nama-nama yang saya secara peribadi rasa akan naik menjadi KPPA yang baru. Apa-apa pun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan dan selamat berkhidmat kepada KPPA yang baharu.

Calon-calonnya adalah mengikut keutamaan? :)

DATO' MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
KETUA PENGARAH MAMPU PTD GRED UTAMA TURUS III
 


Datuk Farida Mohd Ali, TKPPA (Pembangunan)




Y.Bhg. Dato Madinah Bt Mohamad
Ketua Setiausaha MOSTI



ptd-kokak: So, Adakah yang PM telah setuju untuk menjawat KPPA baharu itu lelaki? atau salah seorang wanita di atas? Jawapannya tak lama lagi akan diumumkan oleh YAB PM. Err.. lupa nak tanya PM office, apakah nasib Tan Sri Abu Bakar? takkan biarkan pencen macamtu je kot?

Translation: Akhbar Cina: orang Cina mahu pilih siapa?

Ptd-kokak: Memang betul kata pepatah nenek moyang, Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.

Sinchew Daily News
Perkara: orang Cina mahu pilih siapa?
Tarikh: 15 Feb 2013 (Jumaat)

Tajuk:

Cagarkan Pilihan Raya dahulu baru berbincang


PRU semakin dekat, pusingan terakhir BN mainkan strategi kaum Cina memang tidak boleh dielakkan. Mengikut soal selidik yang dibuat, pandangan politik kaum India kembali ke pangkuan lebih menggembirakan, ada sesetengah pengundi kaum Cina lebih condong kepada Pakatan Rakyat memang tidak boleh diselindungkan lagi, tetapi ramai lagi orang yang masih tidak berani kemukakan pandangan masing-masing, mereka bersikap tunggu dan lihat, orang-orang ini yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar, selalunya mereka akan membuat keputusan terakhir untuk menentukan siapakah yang akan mereka pilih.

Baru-baru ini perdana menteri Najib pada tahun baru Cina mengemukakan kemesraaan beliau, selain daripada memakai baju Tang yang mampu terkedukan perasaan orang-orang Cina, beliau juga dapat memalu gendang Cina dalam skrip tayangan filem pendek. Walaupun apa yang dilakukan itu tidak membawa maksud ataupun sesuatu tujuan yang lain, jika dibandingkan dengan pemimpin PKR Anwar Ibrahim dan pemimpin Pas Hadi Awang, sekurang-kurangnya Najib berani tampil, dan tidak risaukan apakah perasaan orang-orang Melayu terhadap beliau.

BN perlu pastikan tiket undi orang-orang Cina sekurang-kurangnya mendapat sokongan yang paling sedikit antara 25 peratus hingga 30 peratus, jika tidak, jika seperti kekalahan MCA pada PRU lepas, jika MCA dapat kerusi parlimen 15 kerusi ke bawah, ia akan menggugat kedudukan BN. Dalam keadaan saat-saat UMNO yang hadapi antara hidup dan mati ini, mereka terpaksa lepaskan beberapa sikap angkuh dan diktator mereka yang selama ini mereka lakukan, mereka lebih berlembut terhadap tangani pendidikan Cina yang dirayu oleh masyarakat Cina. Tetapi ia masih terikat dengan polisi-polisi yang tertentu, ia tetap masih kekurangan perubahan secara menyeluruh, menyebabkan jiwa masyarakat Cina masih lagi kurang senang.

Buat masa ini bilangan penduduk Cina sebanyak 23 peratus, di bawah parti-parti orang Melayu sedang berbalah pada waktu ini, kita masih dapat merebut sesuatu keuntungan di antara celah-celah mereka apabila mereka sedang bersengketa, tetapi dijangka pada 20 tahun lagi bilangan penduduk kaum Cina akan berkurangan kepada 15 peratus, bermakna kekuatan yang perlu dikumpulkan akan semakin merosot, sebab itu apa yang kita dapat pada hari ini perlu dipegang sebaik-baiknya jangan dipandang ringan walaupun sedikit. Tidak kira sama ada MCA berdepan dengan UMNO, ataupun DAP berdepan dengan Pas dan PKR, di penghujungnya nanti pasti bukan suatu perkara yang menggembirakan kita. Sebab itu jika masyarakat Cina mahu hidup tenteram dan aman, perlu sebaik-baiknya pegang kepada penghujungnya kekuatan 23 peratus bilangan penduduk ini untuk pertahankan sesuatu, kepada polisi-polisi yang tidak memihak kepada masyarakat Cina itu perlu diperbetulkan, pastikan budaya asal dan adat asal dan tuntut rayu itu dapat dikekalkan dalam polisi, jika tidak, keturunan dan anak cucu kita akan diperkotak katikan dengan sewenang-wenangnya yang amat menggerunkan, pasti semua kejadian akan menjadi kenyataan.

BN telah memerintah secara diktator dan rasuah serta penyelewengan lebih setengah Abad lamanya, berikutan munculnya Pakatan Rakyat, memberi laluan kepada rakyat untuk wujudkan sistem dwikuasa sebagai pilihan mereka. Walaupun dari segi nama Pakatan Rakyat mempunyai makna kesinambungan, tetapi dari segi hakikatnya mereka masing-masing masih tidak sehaluan, mereka juga tidak saling membantu untuk memenuhi dari segi kekurangan di antara satu sama lain. Yang paling menjejaskan nyawa Pakatan Rakyat ialah mereka masih terkunci dalam mempertikaikan perbezaan agama dan kaum dengan perberbezaan pendapat, mereka kekurangan bersatu padu untuk berdiri di atas satu barisan.

Jika benar Pakatan Rakyat memerinah, keputusan Anwar Ibrahim jadi perdana menteri itu jika dilambat-lambatkan dan jika tidak dapat diputuskan dengan segera, walaupun DAP sokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri tetapi masyarakat Cina pula khuatir apabila Pas lebih berkuasa besar, mereka akan dapat percepatkan untuk mengwujudkan negara Islam. Sebaliknya hari ini struktur organisasi Pas lebih lengkap daripada PKR, jika Anwar mahu berkuasa, pastinya Anwar juga perlu ikut cakap Pas, pada masa itu Pas akan masukkan unsur-unsur Islam dalam polisi pentadbiran mereka.

Pemimpin Mursyidul Am Pas Nik Aziz telah kemukakan, majlis syura Pas tidak membantah Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, kata-kata politik itu memang amat pelik dan berliku, mereka tidak membantah dan juga tidak pula menyatakan mereka menyokong, kata-kata itu tergantung di awang-awangan. Dimana kata-kata Presiden Pas Hadi Awang lebih jelas dan berterus terang, beliau anggap selepas keputusan PRU baru boleh buat keputusan. Jika pada masa itu kerusi Pas lebih banyak daripada kerusi PKR, pasti Pas dapat lebih banyak bersuara untuk memerintah, pada masa itu apa pula pandangan dan kesanggupan dari DAP.

Kesombongan Pas terhadap DAP, boleh dilihat dari keputusan yang dibuat oleh majlis syura Pas yang melarang orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” yang menjadi kontrovesi sekarang ini, kelihatan semarak Islam semakin kuat dan bukannya semakin merosot, dimana DAP menjadi bahan penghinaan dan seperti diperlekehkan, sedangkan DAP tidak boleh berbuat apa-apa. Jika hari ini buku Jingga DAP yang begitu kuat dan mantap sebagai agenda polisi Pakatan Rakyat, ia masih belum dapat kelulusan dari majlis syura Pas, bermakna buku itu sama seperti kertas sampah.

Dalam pendidikan Cina masyarakat Cina memang dahagakan supaya sijil sekolah menengah Cina Swasta itu diiktiraf oleh pihak kerajaan, walaupun DAP mendakwa mendapat lebih 80 peratus sokongan dari masyarakat Cina, tetapi tiada kedudukan dan kuasa dalam pola pemerintahan Pakatan rakyat, dan kurang yakin dapat pertahankan janji-janji mereka kepada masyarakat Cina. Sebaliknya pengerusi PKR Wan Azizah yang mengutarakan mahu iktiraf sijil sekolah menengah Cina dan tambah bilangan sekolah rendah Cina, bukankan mereka yang menentukan hak masyarakat Cina, dimana kedudukan DAP hanya sebagai penyokong pandangan itu. Dan kata-kata Wan Azizah itu berapakah kekuatan dan pengaruh yang Wan Azizah akan dapat untuk jadikan isu itu sebagai polisi Pakatan Rakyat, adalah dapat melepasi pintu halangan Pas, ini satu persoalan, ini perlu minta cagarkan dulu pilihan raya, selepas menang tidak kira banyak ataupun sedikit baru boleh dibawa berbincang.

Selasa, 29 Januari 2013

Translation: Akhbar Cina: tarikh PRU dari dalaman UMNO

Sinchew Daily News
Perkara: dapat maklumat tarikh PRU dari dalaman UMNO?

Tajuk:

PRU 30 Mac berlaga dengan dua cuti besar


Kumpulan media penyokong DAP mendapat maklumat dari dalaman UMNO, mengatakan PRU akan jatuh pada 30 Mac. Jika benar ia begitu, waktu itu ada 2 cuti besar yang boleh menjejaskan keadaan.

Penggal pertama cuti sekolah, pada lazimnya jatuh pada minggu kedua bulan Mac, tetapi pada tahun ini agak lewat dan akan jatuh pada minggu keempat bulan Mac, ramai orang telah meramalkan PRU akan jatuh pada penghujung bulan Mac iaitu pada hari Sabtu iaitu pada 30 Mac.

Sebenarnya tarikh itu agak kurang sesuai, kerana ada 2 percutian besar. Yang pertama hari bersih kubur Cina jatuh pada 4 April (Khamis), lazimnya orang-orang Cina akan bersihkan kubur seminggu sebelum tarikh itu, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad 30 Mac dan 31 mac. Mungkin pada waktu itu dapat membantu orang-orang Cina turun mengundi kerana mereka kebanyakannya kembali ke kampung halaman bersihkan tanah perkuburan dan pada masa yang sama membuang undi! Tetapi realitinya tidak begitu, selepas orang-orang Cina keluar dari kampung halaman berhijrah keluar, ramai daripada mereka telah tinggal dan bertapak di tempat mereka bekerja serta berkahwin dan berumah tangga di situ, sudah tentu tempat mereka mengundi juga di kawasan yang sama. Sebaliknya tanah perkuburan keturunan dan saudara mara mereka masih tetap di kampung mereka, dengan itu ia mendatangkan kesulitan kepada orang-orang Cina, selain daripada mahu membuang undi mereka juga terpaksa kembali ke kampung halaman mereka!

Yang kedua pada 29 Mac hari Good Friday untuk orang-orang Kristian dan pada hari ketiganya pula pada 31 Mac adalah hari Easter, orang-orang Kristian ada 2 hari kebesaran yang paling penting, iaitu hari Krismas dan hari Easter. Pada lazimnya mereka buat persediaan beberapa bulan sebelum tiba tarikh itu, terutama sekali orang-orang yang beragama Katolik, mereka amalkan lebih banyak hari perayaan, seminggu sebelum hari Easter lazimnya mereka akan adakan banyak perjumpaan keagamaan, imbas kembali pada waktu Tsunami kecil PRU tahun 2008, keesokan harinya iaitu hari Ahad, seluruh lorong-lorong dan pekan di negeri Selangor senyap sunyi, orang-orang yang menghadiri hari Easter juga terjejas, dengan itu waktu mengundi nanti tiket undi condong dan berpihak kepada siapa pula?

Khamis, 24 Januari 2013

Translation: Akhbar Cina: Bagaimana Pakatan Rakyat kehilangan Kedah

Sinchew Daily News

Tajuk:

Bagaimana Pakatan Rakyat kehilangan Kedah

Tajuk ini boleh dilihat apa yang sedang berlaku, apa yang belum berlaku  dan apa yang sudah berlaku.

Jika dianalisa mengikut susunan masa, keadaannya ada yang berat dan juga yang ringan.

Contohnya, dalam ramalan BN menunjukkan ia seperti sudah berlaku , BN anggap mereka akan menang besar di negeri Kedah, dianggap ia sudah di dalam genggaman.

Sebaliknya dalam Pakatan Rakyat pula dalam keadaan belum berlaku, anggap ia masih belum lagi muktamad, tetapi jika Pakatan Rakyat ada kehilangan mana-mana kuasa negeri, yang paling utama adalah negeri Kedah.

Walaupun Pas negeri Kedah dalam keadaan akan berlaku, mirip dan condong kepada sedang berlaku, walaupun masih belum lagi rasa kecewa akan hadapi pasti kalah, dan mereka juga semakin rasa dan akui telah kehilangan sokongan dari rakyat, dimana kuasa mereka kini sedang dalam keadaan terhakis.

Sebab itu ramai orang akan tertanya-tanya, sedangkan Pakatan Rakyat dan Pas sudah tahu keadaan sebenar yang tidak memihak kepada mereka, kenapa mahu pergi gali kubur lagi untuk diri sendiri, cipta pelbagai isu yang membuat orang ramai semakin marah, contohnya kenapa mereka kemukakan dan menyekat aktiviti-aktiviti hiburan Perayaan Tahun Baru Cina di negeri Kedah?

Adakah Pas negeri Kedah tidak tahu ia hanya akan menyinggung perasaan orang Cina, dan juga telah menaikkan kemarahan orang-orang Cina di seluruh negara?

Ramai orang tidak faham cara dan pemikiran kerajaan negeri Pas negeri Kedah

Saya kemukakan 3 sebab:

Yang pertama, pola pusat parti ini memikirkan nilai-nilai agama Islam sahaja, condong kepada keagamaan, apabila mereka dapat kuasa memerintah, semuanya perlu ikut cara dan peraturan polisi keagamaan, ini dikatakan tanggungjawab agama, sama dengan maksud jalankan tugas-tugas yang maha Esa.

Sistem pengIslaman boleh dilakukan secara perlahan-lahan, ia juga boleh dipercepatkan, tetapi kena lihat sama ada ia boleh dilakukan ataupun tidak, jika tidak boleh dilakukan, ia hanya akan merosakkan agama dan akan merosakkan peluang memerintah kerajaan yang amat payah diperolehi ini.

Yang kedua, antara kepimpinan Pas, ada puak konservatif dan ada juga puak amali; Menteri Besar Kedah Azizan tidak juga dianggap puak konservatif, boleh dikatakan beliau berdiri di tengah-tangah antara puak, beliau boleh ke kanan dan boleh ke kiri.

Apabila dalaman parti ataupun grass-root parti beri tekanan, mahu beliau laksanakan undang-undang Islam, pada beliau itu bukan masalah, tetapi beliau terpaksa terima tekanan dari orang-orang bukan muslim dan Pakatan Rakyat supaya jangan laksanakan polisi Islam.

Azizan mahu tenteramkan puak kanan dan puak kiri, sebab itu beliau cuba perlambatkan dan buat sedikit-demi sedikit, bermulanya dari isu robohkan pusat penyembelihan khinzir, larangan pusat hiburan beroperasi di bulan Ramadhan, lakukan sekatan kepada pusat-pusat hiburan, sehingga sekat aktiviti hiburan untuk kaum wanita di tahun baru Cina, itu semua menunjukkan beliau lakukannya satu persatu, bukan beliau tidak lakukan, tetapi beliau buat sedikit demi sedikit.

Yang ketiga, orang-orang bukan Melayu di negeri Kedah hanya 25 peratus (15 peratus orang Cina) tidak lah begitu banyak; Pas negeri Kedah amat memahaminya, dalam perlaksanaan beberapa peratuan Islam mereka sudah kehilangan sokongan dari kaum Cina, ditambah pula dengan kemelesetan ekonomi di negeri itu serta kuota perumahan Bumiputera dan lain-lain masalah, mereka telah menakutkan pengundi-pengundi kaum Cina; kini sudah pun terjadi begitu, sebab itu beliau teruskan sahaja agenda Islamnya.

Masalahnya Pas telah kehilangan sokongan orang-orang bukan Islam, pada masa yang sama masyarakat tidak puas hati terhadap prestasi kerajaan negeri.

Selepas Pas memerintah, aktitivi ekonomi negeri kelihatan dingin, Bandar utama seperti Alor Setar, Sungai Petani, Kulim sehingga ke Pulau Langkawi, keadaan Bandar-bandar ini sudah tidak meriah seperti dulu.

Kerajaan negeri kurang pakar-pakar pengurusan kewangan, tidak mampu membuat perancangan, tidak mampu tarik pelabur asing, mereka selaraskan 50 peratus kuota perumahan Bumiputera, menyebabkan pembinaan perumahan terhenti, pemaju tidak sanggup melabur, industri hiliran yang berkaitan juga terancam, sedangkan sub-kontraktor juga hadapi banyak masalah.

Keadaan seperti ini berlaku, menyebabkan peniaga peniaga Melayu dan golongan pertengahan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

Perkembangan ekonomi akan datang, pastinya kutipan duit kerajaan negeri akan semakin berkurangan, sudah tentu mereka tidak akan dapat laksanakan polisi kebajikan, menyebabkan orang-orang Melayu golongan berpendapatan rendah dan sederhana kecewa terhadap Pas.

Azizan cuba rapat kepada perlaksanaan polisi Islam, cuba dapatkan kembali tiket-tiket sokongan undi dari kalangan orang-orang Melayu, kelihatan ia tidak dapat membantu; sebaliknya orang-orang Cina di seluruh negara menjerit, Pakatan Rakyat pula menggelabah, apabila parti pusat campur tangan, beliau tarik balik kenyataan, bagi beliau ini buat kali kedua beliau terima padahnya.

Ptd- Kokak: Azizan memang betul-betul tadbir kedah ikut perjuangan asal Pas, tapi tidak dapat restu pimpinan atasan Pas yang dah rosak dengan cara Anwar dan DAP (mungkin juga takut) dan serangan dalaman Pas Kedah sendiri yang bercita-cita nak jadi MB.